Jika ada kemahuan tentu ada jalan
Peluang pemegang sijil GCE ‘O’ jadi peguam
NDA hanya berkelulusan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ tetapi bercitacita hendak menjadi seorang.peguam atau sekurang-kurangnya memasuki kerjaya dalam bidang undang-undang.
Walaupun usia anda telah menjangkau 40 tahun, namun ia tidak menghambat semangat anda untuk sekurang-kurangnya mencuba.Sememangnya kita digalakkan berusaha, menimba ilmu dari buaian hingga ke liang lahat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah berpesan kepada umatnya untuk menuntut ilmu walaupun hingga ke China. Dalam meniti tangga kejayaan, umur tidak harus men-jadi batu penghalang. Waktu memang dijadikan untuk Kkita, tetapi waktu bukanlah milik kita. Seandainya anda terma suk dalam golongan di atas dan api untuk memajukan diri. masih belum padam (dania memang tidak seharusnyapadam), maka anda masih boleh memburu cita-cita anda untuk mendapat ijazahSarjana Muda Undang-Undang (LLB) menerusi kursuskursus yang dianjurkan olehbadan-badan swasta dan per‘tubuhan setempat Antaranya ialah Institut Perniagaan Singapura (SIC),Pertubuhan Seruan Islam Singapura (Jamiyah) da City School of Commerce (CSC) di bawah Stamford College Group.Bagi kursus tiga tahun anjuran SIC, anda akan diajar dan dibimbing untuk mengambil peperiksaan LLB pada tahun ketiga sebagai penuntut luar Universiti London ‘dan ijazah ini diakui oleh pe‘merintah Singapura. Semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini, Pengarah Urusan John Winfield Consultants Pte Ltd, badan yang menguruskan SIC, Encik Kanndppan Chettiar, ber¥ata kursus tiga tahun itu iadakan khas untuk mereka “yang gagal masuk ke Univer‘siti Nasional Singapura (NUS), mereka yang hanya mempunyai sijil GCE ‘O’ dan pelajar dewasa.,Sebenarnya, mereka yang Ing Henan | kursus ini perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya GCE ‘A’. Tetapi, jika mereka tidak memiliki sijil ini, mereka boleh mengambil peperiksaan Associated Examinations Board (AEB) untuk melayakkan diri memasuki program LLB. Untuk menduduki peperiksaan AEB, seseorang itu perlu lulus tiga mata pelajaran di peringkat GCE ‘O’ termasuk Bahasa Inggeris. Kursus AEB selama setahun itu menawarkan mata pelajaran Ekonomi dan UndangUndang Perlembagaan (Constitutional Law).Menurut Encik Chettiar SIC yang ditubuhkan dalam 1947, mula menawarkan kursus LLB empat tahun lalu memandangkan permintaan yang meningkat bagi pegawai undang-undang dan peguam di Singapura.“Sebagai sebuah kota antarabangsa, Singapura memerlukan ramai peguam, sama seperti karyawan-karyawan lain untuk. meneruskan pembangunannya. “Ada di antara pelajar kami yang tidak bercita-cita menjadi peguam tetapi, sekadar mendapat ijazah LLB kerana ia dapat membantu mereka dalam pekerjaan mereka. Dalam hidup ini, dua orang yang pasti kita perlukan pada suatu masaialah doktor dan peguam,” sambungnya. Pada 13 April lalu, SIC te- lah menganjurkan ceramah untuk mereka yang inginmendapatkan ijazah LLB.Empat pegawainya dari institut itu telah menerangkan kepada lebih 400 orang yang hadir tentang kursus yang ditawarkan, :Memandangkan bahasa pengantar kursus tersebut adalah dalam Bahasa Inggeris, pakar Bahasa Inggeris SIC, Encik Keith Smith, menekankan bahawa penguasaan bahasa itu adalah amat penting.Kursus tiga tahun pengaji an LLB bukan satu kursus yang murah. Menyedari akan hakikat ini, SIC telah menyiapkan empat cara pembayaran. Encik Chettiar menerang-kan: “Seandainya ada pelajar yang ingin membayar sekali setahun, bayarannya ialah $3,200. Ini termasuk insurans dan buku. “Bagi yang kurang mampu. mereka boleh membayar tiga kali setahun, lapan kali setahun atau jika ini didapati sukar, pelajar boleh berhubung dengan SIC untuk mendapatkan skim bantuan kewangan. Kami akan berusaha sedaya upaya agar kewangan tidak menjadi masalah kepada mereka yangingin memajukan diri.” Tahun pengajian baru SIC akan bermula Isnin ini, 6 Mei, dan pendaftaran sudah pun dibuka.Kepada mereka yang in-ginkan keterangan lanjut, bo- lehlah menghubungi Encik Chettiar atau Cik Aw Ai Cheng, pegawai Jabatan Pengajian Undang-Undang SIC di nombor telefon 337-1400. Jamiyah juga telah menganjurkan kursus undang-undang secara sambilan sejak lebih tiga tahun lalu.Kursusnya berlangsung selama tiga tahun dan untuk mereka yang tidak mempunyai sijil GCE ‘A’, Jamiyah juga menyediakan Kkursus AEB. Penyelaras kursus tersebut, Encik Yahya Said, seorang peguam, menerangkan bahawa kursus kelolaan Jamiyah itu juga berdaftar dengan Universiti London. Beliau berkata: “Kini ramai orang kita yang bermi‘ra sambilan pada sebelahnat untuk memajukan diri dengan mengambil kursuskursus sambilan dalam bidang undang-undang. Mereka tidak semestinya mahu menjadi peguam, tetapi pegawai guaman di syarikat-syarikat seperti bank dan sebagainya.” Buat masa ini, kira-kira 15 orang mengikuti kursus peringkat pertengahan di Jamiyah. ‘Bayaran kursus ini ialah $50 untuk AEB dan $100 untuk bahagian pertama sebu-lan. Bagaimanapun, menurut seorang pegawai Jamiyah, Cik Kamisah Saat, belum diketahui sama ada kursus undang-undang ini akan disambung selepas para peserta menamatkan pengajian mereka akhir bulan ini atau tidak. Biasanya pengambilan peserta baru Jamiyah akan dimulakan pada Julai. Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh menelefon langsung kepada Cik Kamisah di nombor 348-3419. CSC pula mengadakan kursus undang-undang secamalam, dua kali seminggu. :Dalam satu ceramah khas. | yang dianjurkan di bangu- | nannya pada 27 April lala, | para peserta diterangkan me- | ngenai kursus tersebut seca- | ra terperinci oleh dua orang tutor kursus tersebut. Kelayakan masuk adala sama dengan yang ditetep: kan oleh SIC.
Kursus di CSC akan ber mula pada 15 Mei ini dan pendaftaran sedang berjalan. Yuran yang dikenakan ialah pendaftaran sedang berjalan. Yuran yang dikenakan ialah $240 sebulan tidak termasuk•buku). kursus adalah selama- tiga tahun.
Mereka yang germinate , bolehlah menghubngi cdc di nombre 336-5575